Menu
Lapisan ozon Kitaran ozonJumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) di mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.
Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.
Molekul ozon juga tidak stabil dan apabila terkena sinaran lampau ungu, ozon akan terurai kepada molekul O2 dan satu atom oksigen, proses berkekalan yang dikenali sebagai kitaran ozon-oksigen. Kitaran ini mampu dihentikan oleh atam klorin, florine, atau bromin dalam atmosfera; bahan ini di dapati dalam sebatian stabil terutamanya kloroflorokarbon yang mampu sampai ke stratosfera dan terurai oleh sinaran lampau ungu. Kitaran NOx bagi pembentukan ozon juga boleh diganggu oleh air di paras atmospherik, menukar NOx kepada bentuk yang lebih stabil.
Menu
Lapisan ozon Kitaran ozonBerkaitan
Lapisan ozon Lapisan rangkaian Lapisan epidermis Lapisan dermis Lapisan pautan data Lapisan bumi Lapisan pengangkutan Lapisan fizikal Lapisan aplikasi Lapisan sesiRujukan
WikiPedia: Lapisan ozon http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/alam_sekita... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Ozone_...